}
KEPUNYAAN : NOR ASMARIZAN BT RAMLI...NO MATRIK (D20102045684)...KUMPULAH : ELC07

Thursday, 1 December 2011

Galak graduan jadi guru prasekolah



KUALA LUMPUR: Satu usaha lebih serius perlu dirangka di negara ini bagi menggalakkan penyertaan graduan lepasan ijazah dalam bidang perguruan untuk menjadi pendidik kepada kanak-kanak sejak di peringkat prasekolah.
Ketua Program Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Help, Dr Francis Lee, berkata ketika ini, hanya segelintir guru prasekolah mahupun sekolah rendah di Malaysia mempunyai kelulusan itu dan situasi terbabit agak membimbangkan berikutan ia dikhuatiri mengganggu perkembangan minda dan pembelajaran kanak-kanak.

Menurutnya, penyaluran ilmu daripada graduan yang juga individu berpendidikan tinggi tidak sepatutnya dihadkan hanya kepada sekolah menengah dan ke atas kerana ia adalah proses sama yang perlu diberi perhatian apatah lagi ketika golongan itu (kanak-kanak) membesar.
“Berbanding orang dewasa serta remaja, kanak-kanak sebenarnya lebih mudah menerima ilmu yang disampaikan malah mereka jauh lebih cepat menangkap perkara yang berlaku dan dibincangkan di sekeliling.

“Statistik tahun ini sendiri menunjukkan lebih dua juta kanak-kanak di negara ini tidak mengikuti prasekolah sedangkan pembelajaran di peringkat itu membuka laluan pertumbuhan minda mereka. Justeru, guru berkelulusan tinggi perlu menjadi pendorong sekali gus mengatasi masalah ini,” katanya pada Persidangan Kanak-kanak Kebangsaan 2011 di Pusat Konvensyen Pameran Matrade di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi, Prof Datin Dr Siti Hamsiah Tapsir, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Dr Zakaria Kasa dan Naib Canselor Universiti Help, Datuk Dr Paul Chan.
myMetro: 30 November 2011

Wednesday, 23 November 2011

Tokoh Pejuang Bahasa Melayu 2011: Prof Wu Dari China

Tokoh Pejuang Bahasa Melayu 2011: Prof Wu Dari China 
14 Oct 2011, 11:17 AM | Terkini

MELAKA: Bahasa Melayu mempunyai keistimewaan dan kekuatan tersendiri sebagai bahasa kebangsaan dan antarabangsa jika ia dimartabatkan sebaik mungkin, kata Profesor Wu Zongyu yang dinobat sebagai Tokoh Pejuang Bahasa Melayu Antarabangsa.
 Beliau yang merupakan Pengarah Pusat Pengajian Melayu Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU), berkata rakyat negara ini perlu mengagungkan budaya dan memartabatkan bahasa Melayu seiring dengan perkembangan ekonomi kerana pengaruh bahasa itu semakin terserlah dari sehari kesehari.
 "Jika bahasa Melayu boleh merapatkan dua negara seperti Indonesia dan Malaysia, ia juga berupaya menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di negara ini sekali gus dapat menjana perkembangan dan kestabilan ekonomi dan politik yang lebih baik. "Kita dapat lihat juga bahawa kepentingan bahasa Melayu ini semakin hari semakin terserlah di mana rantau yang menggunakan bahasa ini semakin maju dan pesat membangun dari segala segi," katanya kepada pemberita selepas menerima anugerah tersebut pada majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 peringkat kebangsaan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), di sini, Khamis.
Beliau menerima RM50,000, buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka serta Watikah Penghargaan Negara. Penganugerahan tersebut sebagai menghargai dan mengiktiraf tokoh bahasa dan pengajian Melayu dari luar rumpun dunia Melayu yang berjaya meningkatkan martabat bahasa dan persuratan Melayu di peringkat antarabangsa melalui kerjasama pakar dan aktiviti sedunia dalam bidang penyelidikan, penerbitan, promosi dan pelbagai kegiatan kebangsaan.
 Mengenai perjuangan beliau memartabatkan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa, tokoh bahasa yang berusia 72 tahun itu berkata beliau amat gembira dan terharu apabila usahanya itu diterima baik dan diperakui di peringkat antarabangsa.
 "Saya belajar bahasa Melayu dan mendekati jiwa bangsa Melayu kerana saya amat minat dengan budaya Melayu dan tamadun Melayu.
 "Ini akan menjadi usaha berterusan saya selagi termampu dalam usaha untukmemartabatkan bahasa negara kerana saya percaya bahasa ini mampu mengubah sesuatu bangsa dan negara itu," katanya.
 Wu juga diberi gelaran Laksamana Cheng Ho Kedua kerana peranannya dalam menjalin dua tamadun besar iaitu Melayu dan China dan merupakan individu yang bertanggungjawab memperkenalkan bahasa Melayu versi Tanah Melayu di China iaitu dengan menubuhkan Jurusan Bahasa Melayu di BFSU pada 1962.
Kejayaan besar beliau dalam mengembangkan Pengajian Melayu di China adalah dengan penubuhan dua Kursi Pengajian Melayu yang seterusnya membawa peningkatan program ilmiah termasuk penubuhan program pascasiswazah di tujuh buah universitidi negara itu. Beliau yang dilahirkan di Shanghai, telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan pada majlis konvokesyen ke-50 Universiti Malaya pada 3 Oktober lepas.
- BERNAMA

Tuesday, 22 November 2011

Projek guru kerja sembilan jam dibatalkan



Projek guru kerja sembilan jam dibatalkan


Projek perintis yang mewajibkan guru bekerja sembilan jam sehari
 bermula Januari ini di empat negeri tidak akan diteruskan, 
kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, langkah itu bertujuan mengelak salah sangka
 dan kekeliruan di kalangan masyarakat dan guru sendiri 
NONE
terhadap pelaksanaan program tersebut.

“Program itu juga tidak perlu diteruskan jika guru sendiri tidak memahami kehendak sebenar program tersebut yang bertujuan memperkasakan perkhidmatan guru di negara ini,” katanya yang juga menteri pelajaran.

Akhbar-akhbar media arus perdana hari ini melaporkan Muhyiddin berkata program berkenaan tidak perlu diteruskan lagi, tetapi segala kajian yang dibuat akan diteliti secara lebih mendalam.

Muhyiddin juga dipetik berkata, projek itu sebenarnya
 tidak bertujuan membebankan guru-guru, 
tetapi adalah proses menambah baik bidang pendidikan.

“Saya tegaskan kita tidak harus bebankan guru kerana profesion perguruan ada keistimewaan dan berbeza dengan perkhidmatan awam lain.

“Profesion guru amat istimewa kerana mereka mendidik anak bangsa. 
Program ini akan memantapkan lagi perkhidmatan perguruan
 selain memberi impak lebih besar kepada bidang pendidikan negara,” katanya.




NONE





Sebelum ini, sejak Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong,
 awal bulan ini yang berkata,
 guru-guru di empat negeri - Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak - 
akan bekerja sembilan jam sehari dibidas pelbagai pihak 
termasuk kesatuan guru dan pemimpin pembangkang.

Wee juga dilaporkan berkata apabila projek
 rintis itu meyakinkan dan kementeriannya 
dapat membuat kesimpulan secara konkrit, 
barulah ia memperluaskannya ke semua sekolah di seluruh negara.

Akhbar-akhbar jua melaporkan Muhyiddin, bagaimanapun berkata, 
projek rintis yang dimulakan di Melaka Tengah 
dan melibatkan 19 buah sekolah itu akan diteruskan seperti biasa.

Thursday, 17 November 2011

Hati - Hati taktik terbaru....

Hati-hati disc break berasap!

Dari email blalang_group

Assalammualaikum wbt
Aku nak ceritakan satu kes yang terjadi pada kawan aku yang mana cerita ini nanti boleh kita semua jadikan iktibar.Mungkin ada antara kita pernah dengar cerita ini atau mungkin juga pernah mengalaminya.
Ceritanya mcm ni. time kawan aku tengah drive kat area jalan cheras-kajang (beware sebab kat sini selalu terjadi kes ini) tiba2 disc break keretanya berasap.
(mahunya tak panik kan) dan tiba2 plak ade sorang mamat india ni lalu kat sebelah dia bawak motor offer diri nak tolong( pada hal time dia lalu sebelah kereta kawan aku tadi,mamat tu dah simbah minyak enjin kat disc break kwn aku).
Then kawan aku ni stopkan kereta dia sbb dah cuak tengok disc break berasap.

Sebab tak penah kena pun sebelum ni, bila dah parking tepi jalan, mamat tu bagitahu mungkin disc break kereta kawan aku tu dah rosak dengan menunjukkan bukti ada kesan minyak dekat disc break (padahal dia yg simbah minyak enjin kat situ).
Then mamat tu suruh kawan aku tu putarkan stereng kereta untuk tengok cabel pump disc break.
Time ni lah dia wat keja terkutuk dia, bila kawan aku berada di dalam kereta untuk putarkan stereng, time tulah mamat tu cabutkan cabel disc break supaya semua minyak disc break habis.lalu mamat tu cakaplah yg disc break kereta ni dah rosak, kena repair dalam rm500-rm800 padahal trick dia simbah minyak enjin ke disc break…….disc break akan panas bile kereta bergerakkan dan sebab itulah keluar asap kerana minyak enjin itu bergesel dgn disc break.
So time tu, dia offer kat kawan utk repair dan mamat tu cakap dia ade kenal bengkel (mayb dia dah JV dgn bengkel tu) tpi nasiblah akal kwn aku tu panjang cket, dia call kwn2 dan ceritakan mslh nya, kwn2 dia pun advise suruh call towing utk gi repair kt bengkel kawan abg dia. bila dlm lori tu, driver lori tu (juga india) bgtahu yg dalam minggu tu dah 5 bijik kereta dia dah towing semua kes mcm dia jugaklah, konon2nya
disc break rosak, padahal ada orang dajalkan dengan simbah minyak enjin kt disc break supaya berasap.
So kwn aku g bengkel letak balik minyak disc break yg harga dia tak smpai pun rm100. Nasib tak kopak dan ditipu sampai rm500-rm800..perghhh modal dengan minyak enjin ke dah untung beratus2..cilaka punye orang..
Dulu top kisah orang campak paku kat jalan kasi tayar motor bocor, mayb ni plak trick baru simbah minyak enjin kt disc break supaya berasap, pastu konon2 nak tolong kata disc break rosak kena repair.
Selepas je kejadian tu, kawan aku dpt tolong sorang brader ni dari kena tipu mcm dia jugak, kes yg sama iaitu kes disc break berasap.berlaku kat tepi jalan kt tesco extra kt taman midah dekat gak area jalan cheras-kajang kan (beware).
Nasib lah dia dapat tolong brader tu dari kena tipu. brader tu pun cerita sebijik yg mcm kawan aku tu kena
So lepas ni kalu terjadi kat korang baik lah hati2. aku cuma share cerita je.
p/s:
1. maybw diorg dah awal2 simbah minyak enjin kt disc break kereta time parking. maknanya dia dah marking dulu mangsa.atau,:
2. Dia simbah time dia follow kereta tu, yg ni lagi otai, ntah bile lah diorg leh simbah minyak tu.
Tak perlu minta izin untuk share..